Pengenalan
Tunas Ilham-18 adalah merupakan salah satu aktiviti pameran seni khusus bagi para pelajar jurusan Diploma Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Cawangan Melaka. Ia mempamerkan hasil karya para pelajar dari empat bidang iaitu Diploma Seni Reka Grafik & Media Digital, Diploma Seni Reka Perindustrian, Diploma Fotografi & Pengimejan Digital dan Diploma Seni Halus. Konsep pameran Tunas Ilham-18 kali ini membawa satu pembaharuan dimana para pelajar bukan sahaja mempamerkan karya mereka tetapi melibatkan diri dalam aktiviti demonstrasi seni dan penjualan karya. Ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat kesusahawanan di kalangan pelajar. Rasional Logo Logo ini melambangkan elemen-elemen asas seni reka bentuk iaitu garis dan titik untuk membentuk nombor "19". Reka bentuk ini menggunakan konsep 'back to basic' dengan sentuhan warna moden iaitu warna biru firus (turquoise). Reka bentuk logo ini menjadikan logo ini lebih mudah dikenali dengan warna dan tipografi sans serif yang digunakan. Titik dan garis digunakan kerana ia merupakan permulaan sesuatu hasil karya. Titik mampu menghasilkan garisan, bentuk dan rupa. Dan setiap hasil karya bermulanya dari titik. Maka, titik dan garis digunakan sebaai permulaan dalam segala hasil karya. |